Thursday, 26 May 2016

AWAS!!! BAHAYA OBESITI

Obesiti merupakan keadaan perubatan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Obesiti kerap kali terjadi disebabkan oleh kombinasi pengambilan tenaga makanan secara keterlaluan, kurangnya aktiviti jasmani, dan kerentanan genetic.

Obesiti menjadi antara punca utama kematian boleh elak di serata dunia, dengan peningkatan kadar dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.Pada 2014, 600 juta dewasa (13%) dan 42 juta kanak-kanak berumur bawah lima tahun merupakan obes.Obesiti lazimnya terjadi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Pihak berkuasa melihat obesiti merupakan antara masalah kesihatan awam paling serius pada abad ke-21. Obesiti dicela dan diaibkan dalam dunia moden (khususnya dunia Barat), walaupun pernah dilihat sebagai simbol kekayaan dan kesuburan pada suatu ketika dalam sejarah dan masih lagi berlangsung di beberapa bahagian di dunia ini.Pada 2013, Persatuan Perubatan Amerika mengklasifikasikan obesiti sebagai suatu penyakit.

    Diabetes/kencing manis





Diabetes adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Dalam penyakit ini, disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga. Paras glukosa darah sentiasa tinggi menyebabkan gangguan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein dalam badan.Tanda-tandanya ialah kerap membuang air kecil, berasa terlalu dahaga, sentiasa lapar, penglihatan kabur, nafas berbau manis, penurunan berat badan, keletihan dan luka yang lambat sembuh. Selain itu, ia boleh merosakkan buah pinggang.

    Sakit Jantung

Obesiti adalah punca utama penyakit jantung dan pembuluh darah. ini adalah kerana kegemukan akan menyebabkan peningkatan beban kerja jantung Kenapa? Sebab, bertambahnya saiz tubuh anda. Apabila jantung bekerja melebihi hadnya maka berlakulah  kegagalan fungsi jantung. Antara tandanya adalah sesak nafas.

    Darah Tinggi

Mereka yang obes  juga cenderung mendapat tekanan darah tinggi akibat daripada timbunan lemak dalam pembuluh darah yang akhirnya menjadi sempit . Kombinasi tekanan darah tinggi dan obesiti memberi tekanan kepada jantung dan mengakibatkan dinding jantung menebal dan kekurangan oksigen. Keadaan ini mempercepatkan lagi masalah kegagalan jantung untuk berfungsi dengan baik dan seterusnya menyebabkan jantung terus rosak.

   




  Osteoarthritis

Osteoarthritis adalah suatu penyakit gangguan persendian di mana terjadi perubahan kekurangan tulang rawan sendi dan ini akan menyebabkan  terjadinya hipertropi tulang hingga terbentuk tonjolan tulang pada permukaan sendi (osteopit). Sendi yang biasanya terjadi penyakit ini ialah sendi lutut, sendi pinggul/punggung dan beberapa sendi kecil di tangan dan kaki. Kegemukan akan menyebabkan sendi-sendi ini terpaksa menampung berat dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Obesiti sememangnya dapat dicegah dengan kombinasi perubahan sosial dan pilihan peribadi seseorang. Perubahan diet dan bersenam merupakan rawatan utamanya. Kualiti diet dapat ditingkatkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan bergula tinggi, dan meningkatkan pengambilan serabut diet. Pengubatan boleh juga diambil, seiring dengan diet yang sesuai, untuk mengurangkan selera atau mengurangkan penyerapan lemak. Jika diet, senaman, dan pengubatan tidak efektif, pembedahan boleh dilakukan untuk mengurangkan isi padu perut atau panjang usus, seterusnya menyebabkan rasa kenyang lebih awal atau mengurangkan kebolehan menyerap khasiat daripada makanan.
Bahayanya obesiti sehingga boleh membawa mati, harus diingat anda masih sempat untuk berubah dan anda berhak berubah kerana anda boleh berubah jangan biarkan hidup anda terus dibelenggu masalah obesiti seterusnya menyebabkan anda menjadi kurang keyakinan dalam hidup. Pastikan anda menjaga pemakanan seharian dan amalkan gaya hidup sihat.

Nak kurus?
Nak sihat?
Nak ramping?
Nak sado?
Nak gaya hidup sihat?
Kami sedia membantu anda...
Telefon dan Whatsapp kami di nombor yg tertera
+60361781375 (HQ)
+60102732297
+60102732297

+60102732297

1 comment: