Sunday, 12 June 2016

6 TIPS AGAR TIDAK CEPAT LAPAR SAAT PUASA

6 Tips agar tidak cepat lapar saat puasa


Berpuasa adalah menahan hawa nafsu dari terbit fajar hingga terbenam matahari, mungkin beberapa diantara kita selalu merasakan lapar terutama haus, meskipun baru sejam kita sahur, nah untuk itu admin akan memberikan 6 Tips agar tidak merasa lapar saat berpuasa di bulan Ramadhan.







1. Jangan lupa niat sebelum berpuasa

Point pertama ini adalah hal penting yang harus dilakukan sebelum berpuasa, pastikan anda tidak lupa untuk membaca niat berpuasa kerana ianya akan membuat diri atau tubuh anda bersedia dan sedikit sebanyak akan dapat membiasakan diri untuk menahan lapar dan dahaga.






2. Waktu sahur, disarankan minum 4 Gelas Air mineral

Tips ini berguna untuk menyimpan sebahagian cairan didalam tubuh anda, untuk menempuh 4-10 jam adalah memadai untuk tubuh kita mengambil 3 hingga 4 cawan air bagi membantu badan kekal bertenaga. Tetapi pastikan anda tidak terlalu lebih pula dalam meminum air kerana lagi banyak anda minum lagi cepat ianya akan diproses keluar seterusnya badan anda akan kekurangan air dan lemah.




3. Jangan terlalu banyak membuat aktiviti di bulan puasa

Terlalu banyak melakukan aktiviti akan membuat tubuh anda kehilangan cecair dalam badan seterusnya tubuh akan menjadi lemah dan mengalami hidrasi akibat daripada aktiviti – aktiviti yang berat, pastikan anda mengurangkan aktiviti luar yang banyak menggunakan tenaga sebaliknya tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadhan ini.





4. Makan secukupnya saat sahur & Jangan makan makanan terlalu pedas



Untuk Spicy Lovers, Makan makanan pedas boleh membuat tubuh anda merasa panas dan akan membuat tekak anda berasa kering, Dan juga, makan sahur jangan terlalu banyak juga akan membuat anda berasa 2x lebih cepat lapar jadi bersederhanalah ketika sahur dan pastikan anda melambatkan waktu sahur bagi memberikan tubuh anda jadual yang pendek utuk menahan segalanya dan melambatkan proses pencernaan di dadalam tubuh anda.






5. Usahakan selalu makan sahur sebelum berpuasa

Rasanya berat sekali saat akan bangun sahur, Tapi Sahur bermanfaat untuk kita agar dapat mengurangi rasa lapar saat berpuasa, disarankan ditambah 3 biji buah kurma ketika sahur, insyaallah akan bertambah lagi tenaga ketika puasa.





6. Tambah secawan SR – 9 diwaktu sahur

Tahukah anda secawan SR-9 juga penting dalam membantu anda menahan lapar dan dahaga di dalam seharian berpuasa kerana SR-9  mempunyai bahan – bahan aktif yang membantu anda kekal bertenaga dan juga berfungsi sebagai carb-blocker yang akan membuat badan bertenaga dan mengawal selera anda selain itu ianya juga berfungsi untuk membuang toksin- toksin di dalam badan yang dapat mengekalkan badan anda kekal sihat dan sebagai bonus juga anda dapat membuang lemak – lemak degil serta menjadikan tubuh anda lebih cantik.




Itulah 6 Tips agar tidak lapar saat berpuasa semoga bermanfaat untuk anda semua, dan selamat menunaikan ibadah puasa.


Nak cuba SR-9?
kami bagi special price untuk pelanggan baru
Jangan tunggu lagi cepat hubungi kami
Kami sedia membantu anda...
Telefon dan Whatsapp kami di nombor yg tertera 
+60361781375 (HQ)
+60102732297
+60102732297
+60102732297

Wednesday, 8 June 2016

RAHSIA KURMA YANG KITA TIDAK KETAHUI



Buah Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2)  Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.


Credit - Google
Gambar - Google