Buah Kurma
(Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan
boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan
tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian
daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an
sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW
juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan
ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
“Kemudian
Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh
buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19
“Sesiapa
yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan
dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW
Manakala
sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih
kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi,
yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di
dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga
terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat
besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah
antara khasiat utama kurma?
1)
Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan
kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih
tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap
oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang
mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu
diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah
SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya
tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis
riwayat Ahmad
Makan
kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan
tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang
terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2)
Kaya dengan serat dan potassium
Kurma
dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung
serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut
mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu
mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat
8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi
serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain
itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium
adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh
badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak
perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika
berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga
membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem
saraf.
3)
Penguat memori
Ramai
yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun
hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk
kanak-kanak yang sedang membesar.
4)
Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih
ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS?
Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam
binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya
tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan
goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah
Maryam, ayat 25
Dan
menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan
memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah
semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan
mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5)
Penawar Racun
Diriwayat
oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada
terkena racun yang dimakan.”
Dalam
perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya
direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7)
Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian
dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma
mencegah ini dari berlaku.
Credit - Google
Gambar - Google
No comments:
Post a Comment